fbpx

PILIH KERIS BER LUK ATAU LURUS SEPOKAL?

Soalan yg lazim ditanya Sobat2 semasa memilih keris 🙏🏻

Daripada reka bentuk bilah keris, umumnya ada dua jenis reka bentuk, iaitu bilah keris lurus dan bilah keris luk.

Bilah keris lurus dicipta dengan berfalsafahkan kepada ianya merupakan ular yang sedang bertapa ‘sarpa tapa’.

Empunya bersifat tegas dan berdisplin tinggi. Apabila dikeluarkan dari sarungnya untuk pertarungan, tidak boleh lagi berbicara dan membunuh dengan cepat dan ringkas.

Keris berbilah lurus lebih disukai para pendekar dahulu kala kerana lebih senang digunakan untuk bertarung.

Keris berbilah lurus juga digunakan sebagai keris hukum atau lebih dikenali sebagai keris Penyalang.

Keris panjang dan berbilah lurus ini digunakan utk menjalankan hukuman mati kepada pesalah.

Manakala bilah keris luk pula berfalsafahkan kepada ‘sarpa lumuka’, iaitu merupakan ular yang sedang bergerak/menjalar.

Keris luk dikatakan boleh membunuh lawan dengan cepat dan kejam.

Apabila lawan sudah ditikam/ditusuk, keris itu dicabut dengan cara menyerung ke kiri atau ke kanan dengan tujuan mendapatkan impak tikaman/tusukan yang serius.

Keris luk juga digunakan sebagai keris kuasa atau keris pangkat. Lazimnya lebih banyak luk pada keris tersebut, lebih tinggi darjat pemiliknya.

Rujukan:

M. Khamis, S. Nik Hassan, S. Abdul Latif: Falsafah Perkerisan dalam Masyarakat Melayu; Int.Journal of Malay World and Civilisation (2012)

Takkan Melayu Hilang Di Dunia

#keris #golok #pisau #melayu #warisan #tanjak #busanamelayu #kerismelayu #kerisempire #empayarmelayu #warisanbudaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

× Pertanyaan?