Keris Empire adalah syarikat yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Lebih tepat di bawah Kraftangan Cawangan Negeri Perak. Keris Empire berdaftar dengan nombor pendaftaran 08-04-70 Kraft Perak. 
 
Produk-produk buatan tangan adalah exclusive dari Pandaibesi & Pandai Keris kami yang masih mengekalkan Seni Tradisional Tempaan, Ukiran dan Pertukangan Warisan turun-temurun Bangsa Melayu. 
 
Galeri kami terletak di Kuala Kangsar, Perak yang sememangnya sudah terkenal dengan pembuatan keris, pedang, pisau, parang dan golok dari zaman dahulu lagi. 
 
Misi kami amat jelas iaitu menyambung, mempertahan dan mempromosikan warisan pandaibesi dan kesenian pertukangan Bangsa Melayu yang kian pupus.