🔥KEMBALILAH BERKERIS🔥
Vol. 51
Saranan kepada orang Melayu untuk kembali berkeris dan mengembalikan adat istiadat berkeris ialah untuk memelihara dan memulihara peradaban orang Melayu yang makin lama dilupakan.
Orang Melayu bukan saja telah hilang ketamadunan Agong tetapi berdiri lesu mengenang kegemilangan lama dan duduk kaku dihenjak kehendak-kehendak pemodenan.
Keris yang dulunya menjadi lambang, darjat dan kudrat kekuasaan bangsa Melayu telah makin hilang dan luput.
Keris yang dulu mencerminkan ketinggian budaya dan ketamadunannya telah menjadi bahan khurafat dan kemunafikan.
Keris dulunya teguh sebagai bukti sejarah dan salasilah keturunan orang Melayu sekarang berkarat malah dibuang ke sungai dan laut.
Sejarah perjuangan keturunan dan jasa keris itu sendiri telah dilupakan dan dibiarkan hancur oleh keturunan pemiliknya.
Semakin pupus pewaris yang mampu menjaga amanah warisan pusaka keris.
Marilah kembali Berkeris wahai bangsa Melayu ku.
Wallahuaklam 🙏🏻
Rujukan:
Seni Silat Berkeris; Wadah Budaya Pakaian Pusaka.; Tengku Ahmad Ridhaudin.
Saya sangat setuju dgn saranan “MELAYU KEMBALI BERKERIS” ini. Yg saya hairankan ialah mengapa pemimpin Melayu sendiri (Raja2 Melayu dan Pemimpin Kerajaan) tidak langsung menunjukkan minat terhadap menghidupkan kembali budaya tradisi Bangsa Melayu yg telah sengaja dipadamkan oleh pihak penjajah British sebelum mereka meninggalkan Tanah Melayu dgn mengeluarkan undang2 mengharamkan Penggunaan Keris. Semasa saya bertugas sebagai Pemerhati Tentera PBB, pesawat yg saya naiki mesti transit di Sanaa, Ibu Negara Yemmen. Saya lihat di sana rata2 org lelaki tua dan muda berjalan dgn senjata peribadi mereka iaitu Gambiak di selitkan pada tali pinggang tradisi di tengah2 perut mereka. Dan ianya tidak menjadi satu kesalahan kerana ianya adalah budaya tradisi mereka sebagai seorang lelaki. Bangga saya melihat mereka tetapi kecewa saya bila mengenangkan kita dilarang berbuat demikian di Negara tumpah darah kita sendiri. Setelah 64 tahun Merdeka, pemimpin Melayu tidak ada sorang pun yg mengutarakan ini dan cadang utk membatalkan undang2 tersebut utk menjaga budaya tradisi Melayu. Malah ada pula Raja Melayu yg langsung membuang pemakaian pakaian baju tradisi Melayu lengkap bertanjak dan keris pada Majlis2 istiadat/ istiadat DiRaja kerana kononnya negerinya adalah Negeri yg telah moden. Sangat menyedihkan saya kerana Raja Melayu sendiri yg membuang Budaya Tradisi Melayu.