fbpx

MENGENAL KERIS ASLI ATAU REPLIKA

Sesuatu itu hanya boleh dipanggil sebagai sebilah Keris sekiranya ianya melalui proses pembuatan Keris secara tradisional dengan mengunakan seni tempaan, seni ukir, seni pahat, seni bentuk dan seni perlambang.

Keris lazimnya ditempa dari 3 jenis logam, minimum 2 jenis dan ada juga yg 5 jenis logam hingga 7 jenis logam.

Bahan logam utama pembuatan Keris ialah Besi, Baja (keluli) dan Bahan Pamor. Keris tua/antik selalunya tidak mengunakan besi baja.

Oleh yg demikian, keris yg diperbuat selain daripada bahan ini tidak boleh digolongkan sebagai Keris.

Begitu juga “keris” yg dibuat bukan dengan cara ditempa, jika besi hanya di “stamping”, “cutting”, “casting” atau “grinding” besi menjadi rupa seakan Keris tidak boleh dipanggil sebilah Keris.

Keris yg asli akan melalui proses tempaan berulang kali dengan cara melipat besi berkali-kali. Empu Keris / Pandai Besi menempa dan belipat besi paling kurang sebanyak 64 kali, bagi Keris yg berkuliti, empu akan melipat besi 128 kali sehingga 200 kali lipatan utk mendapatkan pamor yg dihajati.

Ukuran panjang bilah Keris lazimnya dari panjang 5-21 inci. Ada juga Keris buatan Melayu Selatan Filipina yg panjangnya sehingga 25 inci. Maka “keris” yg lebih pendek atau panjang dari ukuran ini tidak boleh digolongkan sebagai sebilah Keris.

Sekiranya sesuatu itu tidak menjalani proses tradisional pembuatan Keris dan tidak mepunyai specifikasi seperti dinyatakan di atas, maka ianya hanyalah sekadar REPLIKA KERIS bukannya KERIS sebenar.

Wallahakhlam🙏🏻

Penyambung Warisan Pandaibesi Melayu

#keris #golok #pisau #melayu #warisan #tanjak #busanamelayu #kerismelayu #kerisempire #empayarmelayu #warisanbudaya

2 thoughts on “MENGENAL KERIS ASLI ATAU REPLIKA

Comments are closed.

× Pertanyaan?