Keris adalah budaya asli orang Melayu. Walaupun sebelum kedatangan agama Islam, tidak pernah ada bukti bahawa budaya keris berasal dari India atau negara-negara lain.
Walaupun terdapat di beberapa candi Hindu dan Budha di Tanah Melayu dan di Pulau Jawa adanya lukisan timbul yang menggambarkan adanya senjata yang berbentuk keris, akan tetapi pada candi yang ada di India atau negara lain, bentuk senjata seperti keris tidak pernah ada.
Ini menunjukkan bahawa tiada bukti adanya kaitan langsung antara senjata tradisional keris dengan agama Hindu dan Budha.
Bahkan senjata yg berpamor dan berbentuk seperti keris tidak pernah ada dalam sejarah India.
Orang Barat juga pernah menulis buku yang mengatakan bahawa pembuatan senjata pamor itu datangnya dari Persia (sekarang Iran). Ini juga tidak tepat sama sekali.
Beberapa jenis senjata kuno buatan Persia memang dihiasi dengan semacam lukisan atau kaligrafi pada permukaan bilahnya. Namun teknik pembuatan hiasan itu sangat berbeza dengan teknik pembuatan pamor keris.
Teknik menghias atau melukis pada permukaan bilah senjata yang dilakukan oleh orang Persia adalah dengan menggores permukaan bilah itu sehingga timbul alur, kemudian ke dalam alur goresan itu dibenamkan kepingan nipis logam emas atau tembaga. Teknik hiasan ini sama sekali bukan pamor ianya hanyalah hiasan tambahan atau susulan selepas bilah senjata telah siap.
Manakala teknik pembuatan pamor keris sangat berbeza iaitu pamor terbentuk apabila adanya lapisan-lapisan dari dua atau lebih jenis logam yang berbeza dari segi warna dan penampilanya iaitu besi, baja (keluli), serta bahan pamor (Nikel/titanium).
Besi warnanya kehitaman, baja warnanya agak kelabu, sedangkan bahan pamornya berwarna keperakan. Semua senjata buatan Persia hanya dibuat dari satu jenis logam sahaja iaitu dari baja keluli.
Rujukan:
Bambang Harsrinuksmo; Ensiklopedi Keris
Wallahuaklam 🙏🏻
Penyambung Warisan Pandaibesi Melayu
Aslmkm tuan.Info terbaik terimakasih