fbpx

CUCI KERIS CARA MODEN


Ramai Sobat2 kita bertanya berkenaan penjagaan keris cara moden kerana memandikan keris dengan cara tradisional agak rumit dan memerlukan masa.


Bagi Sobat2 yang tidak selesa atau tiada masa mengasapkan keris dengan asap kemiyan, mencuci keris dengan cara moden juga boleh dipraktikan 🙏🏻


Berikut adalah tatacara mencuci bilah keris secara moden:
1)Bagi bilah keris yang berkarat teruk, boleh semburkan bahan anti karat seperti WD40 ke atas kawasan yang berkarat pada bilah.
2)Berus bilah dengan berus gigi lama dan jika masih berkarat sembur lagi bahan anti karat dan diulang berus sehingga karat dapat ditanggalkan.
3)Bagi karat yang tidak teruk cukup sekadar rendam bilah mata keris di dalam air kelapa atau larutan cuka makan selama semalaman. Berus dengan berus gigi untuk menanggalkan karat. Jangan direndam terlalu lama kerana bahan rendaman ini dapat menghakis dan merosakkan bilah keris.
4)Kemudian cuci dengan air limau nipis. Berus dengan berus gigi lagi sekiranya terdapat karat dan kotoran.
5)Seterusnya rendam bilah mata dalam air biasa. Ulang berus sekiranya masih ada kesan karat.
6)Keringkan di tempat teduh atau menggunakan pengering rambut utk mengeringkan bilah mata keris.
7)Setelah kering, sapulah minyak keris atau minyak mesin jahit untuk menghalang bilah daripada terdedah kepada udara dan mengakibatkan proses pengaratan cepat berlaku.
8) Boleh disapu minyak wangi supaya bilah keris berbau harum. Jika disapu minyak keris maka tidak perlu lagi mengapu minyak wangi kerana minyak keris sudah berbau wangi.
Wallahuaklam 🙏🏻
Rujukan:
Keris Melayu Semenanjung
Prof. Abdul Mua’ti (UPM)
Penyambung Warisan Pandaibesi Melayu
#keris #golok #pisau #melayu #warisan #tanjak #busanamelayu #kerismelayu #kerisempire #empayarmelayu #warisanbudaya

× Pertanyaan?