fbpx

Author Archives: Admin KE

APA ITU PAMOR KERIS?

Pamor ialah corak garisan, bulatan, lekukan, hirisan, picitan atau bintik yang terbentuk pada bilah mata keris. Corak ini terjadi akibat daripada campuran beberapa jenis besi pamor yang ditempa dan dilipat berkali-kali semasa proses penempaan. Pamor terbentuk apabilah besi yang mempunyai bahan nikel dilebur dan dicampur bersama besi lain. Kandungan nikel inilah yang membentuk corak pada […]

KEMBALILAH BERKERIS

🔥KEMBALILAH BERKERIS🔥 Vol. 51 Saranan kepada orang Melayu untuk kembali berkeris dan mengembalikan adat istiadat berkeris ialah untuk memelihara dan memulihara peradaban orang Melayu yang makin lama dilupakan. Orang Melayu bukan saja telah hilang ketamadunan Agong tetapi berdiri lesu mengenang kegemilangan lama dan duduk kaku dihenjak kehendak-kehendak pemodenan. Keris yang dulunya menjadi lambang, darjat dan […]

🔥SEMANGAT AKU🔥

Vol. 51 Pembuatan Keris secara tradisional mempunyai kesemua semangat semulajadi semasa proses pembuatannya iaitu Air, Bayu (Angin), Api, Tanah (Besi & Kayu), dan Aku (Jiwa). Semase process tempaan kesemua semangat ini disatukan. Tanah iaitu besi ditempa dalam Api yang ditiup dengan Bayu (Angin). Bilah akan dimasukkan ke dalam Air untuk menyejukan & menguatkan bilah (sepuh)setelah […]

🔥SIFAT ORANG MELAYU BERKERIS🔥

🔥SIFAT ORANG MELAYU BERKERIS🔥 ulangkajikeris Vol. 49 Orang Melayu yang tersisip keris di pinggang, merekalah yang dulunya menjaga amanah, mendaulatkan bangsa dan menjaga keamanan dan kedamaian negara dan masyarakat. Orang Melayu Berkeris bukan orang tidak siuman dan tidak boleh mengawal diri atau boleh mengamuk tanpa sebab. Orang Melayu Berkeris tidak sesekali mempunyai sifat dan nafsu […]

CUCI KERIS CARA MODEN

Ramai Sobat2 kita bertanya berkenaan penjagaan keris cara moden kerana memandikan keris dengan cara tradisional agak rumit dan memerlukan masa. Bagi Sobat2 yang tidak selesa atau tiada masa mengasapkan keris dengan asap kemiyan, mencuci keris dengan cara moden juga boleh dipraktikan 🙏🏻 Berikut adalah tatacara mencuci bilah keris secara moden:1)Bagi bilah keris yang berkarat teruk, […]

KERIS BUDAYA MELAYU

Keris adalah budaya asli orang Melayu. Walaupun sebelum kedatangan agama Islam, tidak pernah ada bukti bahawa budaya keris berasal dari India atau negara-negara lain. Walaupun terdapat di beberapa candi Hindu dan Budha di Tanah Melayu dan di Pulau Jawa adanya lukisan timbul yang menggambarkan adanya senjata yang berbentuk keris, akan tetapi pada candi yang ada […]

KERIS KUASA

Pada zaman dahulu di dalam budaya masyarakat Melayu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Selatan Thailand keris dijadikan sebagai benda upacara, sebagai tanda ikatan keluarga (pusaka), sebagai lambang kekuasaan sebuah kerajaan atau jabatan, dan sebagai wakil atau utusan peribadi pemiliknya. Sebagai contoh pada zaman dahulu, seorang utusan raja baru dipandang sah bila membawa bersamanya salah satu keris […]

BUSANA TANPA KERIS SEPERTI BERTELANJANG

Mengenakan pakaian adat tanpa sebilah Keris adalah suatu yang aneh dan janggal bagi orang Melayu pada zaman dahulu. Ianya seumpama seperti orang Eropah yang berbaju kot dan bertali leher tetapi tanpa berkasut. Sultan Hussin dan Temenghong Sulaimam menjelaskan kepada Stamford Raffles bahawa, orang Melayu rasa terbogel jika tidak berkeris (1823). Menurut Tomé Pires di dalam […]

SIFAT KERIS TARUNG TEMPUR

Dalam pertarungan atau pertikaman jarak dekat, senjata panjang tidak diperlukan. Apabila bersenjata, senjata tersebut perlu dihindar daripada pandangan musuh untuk tujuan mengelirukan. Kalau senjata itu nampak, senjata itu boleh dimengertikan sebagai baik atau buruk padahnya. Jika baik, diterima dan jika buruk, dielaknya. Kalau keris itu tidak nampak, sukar ditentukan sama ada hendak diterima atau dielak. […]

KERIS BUKAN SENJATA AMUK

Keris adalah pakaian peradaban orang Melayu dalam menjaga maruah diri dan bagi menjaga keselamatan diri. Keris bukan senjata amuk atau alat provokasi membabi buta orang Melayu sebagaimana dijaja oleh penjajah, orientalis dan sekutunya. Mereka inilah yang memburuk-burukkan keris sehingga anak-anak Melayu zaman sekarang sangat takut dan berprasangka buruk terhadap penggunaan keris. Malah dikatakan memiliki keris […]

× Pertanyaan?