fbpx

APA ITU PAMOR KERIS?

Pamor ialah corak garisan, bulatan, lekukan, hirisan, picitan atau bintik yang terbentuk pada bilah mata keris.

Corak ini terjadi akibat daripada campuran beberapa jenis besi pamor yang ditempa dan dilipat berkali-kali semasa proses penempaan.

Pamor terbentuk apabilah besi yang mempunyai bahan nikel dilebur dan dicampur bersama besi lain.

Kandungan nikel inilah yang membentuk corak pada besi bilah mata keris.

Ada dua jenis pamor yang biasanya terdapat pada bilah mata keris iaitu pamor jadian dan pamor buatan.

Pamor jadian adalah pamor yang terjadi secara alamai atau semulajadi akibat daripada campuran besi tadi. Pamor ini tidak dibuat-buat atau di rancang semasa pembuatannya.

Pamor buatan pula ialah pamor yang sengaja dirancang dan dibuat oleh Pandaibesi atau empu.

Kedua-dua jenis pamor ini memaparkan keindahan hasil seni pada bilah mata keris.

Terdapat beribu-ribu jenis pamor yang ada dalam alam perkerisan. Di antara contoh pamor-pamor yang ada seperti Pamor;

Kulit Semangka
Perut Ular
Biji Petai
Bulu Ayam
Batu Kapak
Gigi Yu
Merak
Beras Tumpah
Mata ketitir
Lilit ubi
Lawe Saokel
Lar Gangsir
Gangang Hanyut

Wallahuaklam🙏🏻🙏🏻

Rujukan:
Keris Melayu Semenanjung; Suatu Pengenalan: Prof Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad (UPM)

3 thoughts on “APA ITU PAMOR KERIS?

Comments are closed.

× Pertanyaan?