fbpx

🔥BAHAGIAN BILAH KERIS🔥

#ulangkajikeris

Vol. 59

Bilah mata keris adalah bahagian yang paling penting pada sebilah keris.

Bilah keris diperbuat daripada besi yang di tempa daripada campuran beberapa jenis besi untuk membentuk corak pamor pada bilah.

Ada juga bilah yang ditempa daripada sebatang besi sahaja.

Pada bilah keris terdapatnya beberapa bahagian yang menjadikan bilah keris ini sangat unik.

Pada bilah keris adanya Ganja atau nama lain nya Cicak/Aring.

Ganja pula ada bermacam2 jenis contohnya Ganja Tumpang, Ganja Iras dan Ganja Seiras.

Di bawah kepala cicak adanya Akut. Akut juga ada berbagai jenis seperti Akut Belalai Gajah, Akut Bisu, Akut Kuku Garuda dan Akut Paruh Burung.

Ada bilah mata keris yang rata dan juga yang dibuat beralur.

Bilah yang rata seperti bilah Bugis, Pandai Saras, dan bilah Semenanjung.

Bilah yang beralur adalah seperti bilah Melela, Carita dan Tokcu.

Wallahuaklam🙏🏻

Rujukan:
Keris Melayu Semenanjung; Rupa bentuk keris mengikut negeri. Prof. Mua’ti @ Zamri Ahmad

“PUSAKA KITA MARUAH KITA”

Penyambung Warisan Pandaibesi Melayu

keris #melayu #warisan #tanjak #busanamelayu #kerismelayu #kerisempire #empayarmelayu #warisanbudaya

keris #melayu #warisan #tanjak #busanamelayu #kerismelayu #kerisempire #empayarmelayu #warisanbudaya

× Pertanyaan?