Pada zaman dahulu di dalam budaya masyarakat Melayu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Selatan Thailand keris dijadikan sebagai benda upacara, sebagai tanda ikatan keluarga (pusaka), sebagai lambang kekuasaan sebuah kerajaan atau jabatan, dan sebagai wakil atau utusan peribadi pemiliknya.
Sebagai contoh pada zaman dahulu, seorang utusan raja baru dipandang sah bila membawa bersamanya salah satu keris milik raja yang mengutuskannya.
Seorang pegawai kerajaan dahulu semasa pelantikan menjadi pegawai di sesuatu jabatan akan mendapat sebilah keris jabatan sebagai pengesahan jawatannya. Sampai sekarang, di Kerajaan Brunei tradisi ini masih dilaksanakan.
Dulu kekuasaan seorang raja baru akan dipandang sah oleh rakyatnya jika raja tersebut mengenakan salah satu keris pusaka kerajaan pada masa majlis pertabalan baginda.
Sehingga kini, keris pusaka atau keris kuasa Sultan-sultan Tanah Melayu masih segak terselit rapi di pinggang atau dipegang di tangan baginda Sultan menandakan keabsahan kuasa memerintah di negeri jajahannya.
Wallahuaklam 🙏🏻
Warisan Pandaibesi Melayu