fbpx

KERIS BUKAN SENJATA AMUK

Keris adalah pakaian peradaban orang Melayu dalam menjaga maruah diri dan bagi menjaga keselamatan diri.

Keris bukan senjata amuk atau alat provokasi membabi buta orang Melayu sebagaimana dijaja oleh penjajah, orientalis dan sekutunya.

Mereka inilah yang memburuk-burukkan keris sehingga anak-anak Melayu zaman sekarang sangat takut dan berprasangka buruk terhadap penggunaan keris. Malah dikatakan memiliki keris perbuatan KHURAFAT!

Keris bukan sahaja sebagai senjata tetapi juga sebagai simbol kekuasaan, pangkat & kebanggaan Bangsa Melayu itu sendiri.

Di Alam Melayu, di antara sejarahnya Sultan Hussin dan Temenghong Sulaimam menjelaskan kepada Raffles (1823) bahawa, orang Melayu rasa terbogel jika tidak berkeris. Marsden (1810) menyatakan org Melayu amat pandai berkeris dan Alfonso (1509) merekodkan anak-anak kecil Melayu pandai bermain keris & sentiasa membawa keris.

Melayu dan berkeris tak dapat dipisahkan.

Orang Melayu berkeris harus kembali kepada budi pekerti luhur yang menjadikan keris sebagai benteng nafsu, menyandang kembali keris sebagai pakaian peradaban dan ketamadunan Melayu.

Kita mengharapkan anak-anak bangsa Melayu akan kembali mendaulatkan rukun-rukun Melayu iaitu:

Bertauhid Tuhan Yang Esa

Berlembaga dan Beraja Melayu

Beradat dan Beradab Melayu

Berbahasa dan Berbudaya Melayu

Berbudi pekerti luhur Melayu

Rujukan:

Tengku Ahmad Ridhaudin, Seni Silat Berkeris; Wadah Budaya Pakaian Pusaka

Penyambung Warisan Pandaibesi Melayu

#keris #golok #pisau #melayu #warisan #tanjak #busanamelayu #kerismelayu #kerisempire #empayarmelayu #warisanbudaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

× Pertanyaan?