fbpx

SIFAT KERIS TARUNG TEMPUR

Dalam pertarungan atau pertikaman jarak dekat, senjata panjang tidak diperlukan.

Apabila bersenjata, senjata tersebut perlu dihindar daripada pandangan musuh untuk tujuan mengelirukan.

Kalau senjata itu nampak, senjata itu boleh dimengertikan sebagai baik atau buruk padahnya.

Jika baik, diterima dan jika buruk, dielaknya. Kalau keris itu tidak nampak, sukar ditentukan sama ada hendak diterima atau dielak.

Keris dicipta dengan cara ditusuk atau ditikam, disampaikan dengan cepat, tidak nampak dan mengeliru serta mengejutkan musuh semasa pertikaman.

Itulah antara falsafah keris apabila dikeluarkan dari ‘pakaiannya’.

Bilah keris diciptakan dengan bermata tiga.

Keris tidak seperti parang, pedang, kelewang, tumbuk lada atau lain-lain persenjataan Melayu.

Keris dicipta dengan kedua bilah mata dan hujungnya yang tajam.

Sekiranya menyerang atau mengelak serangan, keris yang bermata tiga tetap dapat dilihat oleh empunyanya.

Jika menyerang atau mengelak ke kiri atau ke kanan atau pun tidak mengelak, mata keris masih boleh dilihat juga.

Keris yang bersifat pendek fizikalnya, mudah dicabut apabila diperlukan.

Begitulah falsafah keris, tak elak kena dan dielak pun tetap kena!

Rujukan:
M. Khamis, S. Nik Hassan, S. Abdul Latif: Falsafah Perkerisan dalam Masyarakat Melayu; Int.Journal of Malay World and Civilisation (2012).

Takkan Melayu Hilang Di Dunia

keris #golok #pisau #melayu #warisan #tanjak #busanamelayu #kerismelayu #kerisempire #empayarmelayu #warisanbudaya

× Pertanyaan?